emel dr internet yg kita suka

Posted on July 12, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu ‘, maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

 Wallahu’a lam. It helps, though.

Dear Mr Blog,

Posted on by cheechark.
Categories: Current Affairs.

Mr Blog, hear me.

Life is too short to keep on waiting and hoping, right? Action is needed to fulfil dreams, not just words of comforting.

Life won’t wait for us, life goes on. How many, time slips away from our hand, leaving us behind, without mercy to even wait for a minute.

No, life won’t wait.

Me here, are the same, dear. At the moment, I’m tired of waiting. Not yet exhausted, but getting tired. I’m not asking anything beyond your capabilities, I’m hoping the actions of those words of planning.

I like planning, with you, plus, make me love to do so. I make my move to ensure what we plan go right on track. I’m moving, if not faster, pacing swiftly the path.

Sometimes it cause heartache when things doesn’t fall to it place. Problems and obstacles are here and there. Hopefully it will not stop YOU and ME to keep going.

I would like to quote my favourite song from Backstreet Boys: I don’t care who u are, where you are from, what u did, as long as u love me..

In reality, your past does matter to me. Will you change to become a better, responsible person? Will I be able to understand your situation now and then? Do I have the qualities to keep up with your interest and needs? Do we have the energy to keep on fighting for our future?

I do not have the answer. Nope, not one.

So Mr Blog, is that ok for me to keep on moving?

itu la

Posted on July 6, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

itu la kamu. kalau bercinta, berlagak. tak ingat dunia. tak ingat org keliling. terlalu suka bercinta, sampai tak perasan orang keliling dah naik menyampah dengan lagak kamu.

sibuk sangat dengan dunia kamu. sibuk dengan kononnya gaya kamu adalah cantik. putih melepak lah konon gaya solekan kamu. eh, mekap tebal-tebal tu sembahyang ke tidak?

tak, sedikit pun tidak cemburu. orang lain pun dilamun cinta dik, tapi berpada-pada la. suka suka sangat sampai lupa Allah, nanti bila kau susah Allah lupa kat kau. tak ingat ke sakitnya masa kau putus cinta dulu? dah tu, yang BF sekarang ni ubat anti-depresi kau yang paling mujarab?

Allah!! ingat-ingatla. bercinta ni tak selalunya indah warna-warna pelangi (kau lebih tahu dari aku kan), maka bersedia la jugak untuk waktu-waktu mendung bergerimis nanti.

tu, yang di atas sana tu, tu ubat anti-depresen paling mujarab kau tahu!

(nasihat untuk aku juga)

ewah ewah korang!

Posted on June 30, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

gath yg hr tu kat umah miza aku seakan di dalam hati berdoa-doa….

jangan laaaa ada yg tanya soalan ‘maut’ tu.

.

..

..

.

ceh, doa ku tidak dimakbulkan!

mula-mula puan dura anggun tanya, aku apa cer? bila mahu wat majlis yg itu? ya, almaklum, aku telah melantik dia menjadi fotografer, harga pun dah runding (kalau boleh, jangan tambah lagi ya!) (kui kui kui) (kalau tambah pun aku nak kau jugak dura, memotret ku menjadi permaisuri) (owh gatal anak dara neh!). tak dapat tidak, kena la jawab. nanti encik isrin dan puan dura tinggalkan aku kat lebuhraya tu, harussss tak sampai!

pastu, dengan gaya bersahaja, puan qay pun tanya soalan itu. aih, bunga-bunga kerimasan mula mencambah di tanah jiwa neh…

puan hainey pun ada titip titip mahu bertanya arah ke soalan itu…. aih, bunga-bunga kerimasan semakin mekar di jiwa neh….

kawan-kawan,

keprihatinan kamu amat diapresiasi. cuma, ya cuma, ku minta kamu mengerti, saat ku belum tiba lagi (masihkah kau ingat, saat kau bergelar cik, peritnya telinga dan hati pabila kau ditanya soalan itu? dan aku seperti selalu selalu, tetap mendoakan kamu, aku dan kita semua diperjodoh secepatnya. Alhamdulillah, nombor kamu naik dahulu!).

justeru, jangan ya kawan-kawan, bertanyakan soalan itu lagi. cukuplah kalian menitip doa siang dan malam, sebagaimana aku juga memohon pada Yang Maha Mengasihani, agar segera menyatukan aku dengan BYonchetku.

aku tahu kalian berniat baik. cuma, bagi kalian pertanyaan itu habis di situ. tapi aku, pertanyaan aku berlegar-legar dalam batu jemala buat beberapa ketika. kalian perasan tak, ada satu momen di rumah miza, aku ter-freeze melihat keletah anak-anak miza dan feefa tu? aku tak ingat sape yang tegur aku, tanya, nape diam je, yang aku jawab ‘takde pape, kenyang je’?

saat itu aku tengah men-digest status aku sendiri, menasihat hati agar sentiasa bersyukur dengan apa yang aku miliki dan sentiasa bergembira dengan kegembiraan kalian. (heheh… ini baru semangat ana enti, wa enti ana, nahnu ruhani fil badaannnn…).

dan malam itu yonchet telah lelah bercaqkap menasihati aku supaya bersabar. bersabar. bersabar.

jadi, tolong kawan-kawan, jangan tanya lagi bila aku nak kahwin (kalau ikut hati, SEKARANG beb), samada secara langsung, tidak langsung, bertulis, emel, Y!M, twitter dan sebagainya.

InsyaAllah, bila saat itu tiba korang tak payah tanya, aku dengan sukacitanya akan announce di merata-rata tempat. InsyaAllah, InsyaAllah.

jangan kecil hati, aku cuma tak mahu nanti nanti lain kali aku takut nak join gath sebab tak mahu berhadapan soalan itu, oleh itu, aku maklumkan di sini.

still, korang ter mim wau alif ha di hati :)

bukan khatimah cinta

Posted on June 23, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

Ibu telefon uwan, uwan mengadu atuk sedih-sedih. Ibu kata umur-umur gitu biasalah mak, cepat sensitif.

Atuk sejak lepas elok strok memang cepat sedih, mengalir air mata. Wallahu’alam, mungki emosinya tidak sestabil dulu. Pun kami semua berusaha menggembirakan atuk.

Ibu luah pendapat sebenar pada aku. Kata ibu, jiwa atuk kosong. Jiwa atuk belum bersedia menempuh hari-hari mendatang; iktibar dari strok mengejut itu. Jiwa atuk belum ‘bersedia’ kalau-kalau Allah menjemputnya ‘ke sana’ (Allahu akbar! Ketar tangan aku menulis ini!)

Kata aku (dalam hati) ibu benar, atuk mungkin sudah rasa takut mahu ke alam itu. Allah maha esa, maha penyayang, Allah hantar ‘signal’ pada atuk. Atuk masih punya waktu untuk bersedia. Kita? Tahukah kita ‘bila’?

Ibu kata lagi, ayah mengadu kecil hati anak-anak (aku, uda & alin la tu) dah taknak makan semeja dengan dia, semua menatang pinggan melengguk depan tv. Ibu nasihat ayah; bang, anak-anak kita dah besar, dah ada kehidupan sendiri. Along 27, nak masuk 30, dah ada haluan sendiri. Kalau dia kahwin nanti, lagi jauh dia dari kita; mana nak layan suami, mana nak layan mertua, kerja lagi. Dia tak duduk rumah lain je dah baik. Dah jauh dah masing-masing. Yang mengikat mereka kasih sayang kita.

Ya, kan. Tua sudah aku. Dan ya, aku memang sedang mencari rumah. Dan ya, aku ada kehidupan sendiri. Jadi bagaimana?

Ibu kata lagi, umur-umur gini dah kena bersedia untuk alam yang satu lagi. Banyakkanlah membaca, yang berfaedah dengan umur semasa. Beribadah sebanyak mungkin. Bersedia!

Itulah kelebihan ibu; kegemarannya membaca membawa ibu ‘jauh’ dari tanggapan orang (orang tak yakin dengan kata-kata ibu sebab ibu tak sekolah tinggi- kata ibu).

Sekali lagi, ibu ada hikmah.

Aku harap, aku akan lebih masa untuk makan bersama ayah. Aku tahu, ayah rindu saat-saat kami makan bersama, saat-saat angah ada. Saat-saat itu memang gila; ruang makan akan gegak-gempita denganlawak ntahapahapa… gelak-gelak besar… makan makan makan.

Dan ibu memang betul, yang mengikat kita adalah kasih sayang.

menyayangimu 1/4 penuh hati. owh.

Posted on June 21, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

1

ustzah sangat bersemangat lepas cuti dan ustazah harap kamu pun kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru. cuti 2 minggu ni ustzh dah recharge energy ustazah.

kelihatan pelajar lelaki di sudut kelas mengangkat tangan.

ustazah pakai bateri apa lama sangat cas?

aiyak!!!!

2

yonchet,

keep on going. no matter what, i love u 1/4 daripada hati i. lagi 3/4 tu untuk Allah & rasulNya, ibu bapa dan ahli keluarga, serta kawan2 (tengok, dorang semua share nombor tau. u je i bg 1 nombor sorang2. bersyukurlah.)

3

saya dapat job jadi penceramah untuk program gemilang budak2 spm & pmr, berkongsi tips untuk budak2 halus (harapan lulus) (takdelah job sangat, jd ajk bhgn tempat, pastu di train sbg pelapis utk bg talk). tu je, malas nak elaborate ;)

menjengkelkan

Posted on June 18, 2009 by cheechark.
Categories: Current Affairs.

Tadi petang meeting dengan orang PPD, ada program gemilang untuk budak2 PMR dan SPM minggu depan. Seperti biasa, saya adalah anak dara yang dilantik sebagai AJK.

Ustaz Amin, ketua PPDPU tiba2 ajak bincang pasal bebudak leh amik 10 subjek je untuk SPM. Kak A’ejah kata dia tak setuju; bertentangan dengan sistem sijil terbuka yang diamalkan sekarang, dan menutup peluang pelajar-pelajar yang pandai. Lebih baik kembali kepada sistem agregat dulu.

Pastu alas an dorang lagi (yang keluar paper la), untuk mengurangkan beban guru mengajar. Weh, setiap subjek tu diajar oleh guru yang berbeza la. Kalau nak ringankan beban kami, berikan kami kerani sorang satu untuk setelkan bab bab perkeranian yang banyak mengarut daripada tak karut tu. Lagipunn…..

KAMI GURU MALAYSIA, BERIKRAR DAN BERJANJI, MENDIDIK DAN MEMIMPIN, PUTERA PUTERI NEGARA KITA…….. AMANAH YANG DIBERI, KAMI TAK PERSIAKAN, APA YANG KAMI JANJI, TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN… (nyanyi, bukan baca).

Then, aku dengar pendapat yang aku tak terfikirkan pun (tu yang seronoknya berkawan dan bercampur dengan orang2 berilmu ni, kita dapat tumpang ilmu dorang).

Ustaz Amin kata, dia bersangka buruk dengan isu tu. Kata dia, selama ni yang dapat banyak banyak A tu budak mana? Orang kampung, budak sekolah agama kan. Ada tak anak menteri yang dapat hebat hebat macam tu? Dorang ni macam nak sekat potensi budak sekolah agama, sekolah kampung.

Yelah, sound not fair kan? Asal tukar menteri je, tukar polisi. Tak konsisten. Yang jadi mangsa, budak budak ni lah.

Hei, entahlah.

Bengong + sengal + ntahlah.

 

kau ilhamku

Posted on June 15, 2009 by cheechark.
Categories: pengalaman ultra.

Gathering ke 10 tahun 99ners

Bertempat di rumah Miza, kami ber-hi-tea. Yang hadir (menurut turutan) Afeefa sekeluarga, Dura sekeluarga, Normie tidak membawa keluarga, Qay sekeluarga dan Hainey sekeluarga (ada juga pemenang Cari Menantu dan beberapa watak lain, tapi tidak disiarkan namanya sebab aku tak tau).

Makanan? Fuh, meriah! Miza masak laksa, ada rambutan, kuih-muih, roti berperisa, rambutan, pizza….

Dan paling gempak: kek secret recipe berlencana KISAS J dibawa khas oleh Afeefa. Heheheheh… idea mantap Pn Feefa nih.

Seronok tengok dorang ni dok sibuk-sibuk melayan anak masing-masing. Alhamdulillah, dulu kita dok sibuk hal sendiri ek, tak hengat orang lain. Tapi sekarang korang dok sibuk hal anak-anak, tak hengat diri sendiri (eh korang maintain vogue dan bergaya- almaklum pegawai kerajaan).

Mudah-mudahan semangat parenting korang yang bagus itu Berjaya menghasilkan generasi pemimpin yang berkaliber, bermanfaat untuk warga, dunia dan akhirat.

Hopefully, satu hari nanti, aku mengajar di sekolah yang bagus-bagus, dapat jadi cikgu anak-anak korang J

Lastly, doa-doakanlah nombor aku naik pulak lepas ni (untuk berumahtangga). Aku dah penat beratur amik nombor ni. Wallahu’alam, entah bila (hopefully insyaAllah next year).

Thanks guys, really enjoy your company.

p/s: Qay sempat spekulasi lagi “aku tak Nampak MyVi ko, aku ingat ko tak datang” eh eh eh….. i made a commitment ok! insyaAllah yang aku sempat sure aku join. Thanks to Dura & her hubby yang sudi pick-up aku. bak kata Isrin, bukan mahal pun (ceh!!).

Till next gathering, love u all!!!

idaman suri

Posted on June 13, 2009 by cheechark.
Categories: pengalaman ultra.

ke langkawi lagi, untuk kali yang ke-4. kali ni naik keretapi. fuh, pengLmN Yng mendebarkan…

1st gi langkawi dengan fisha dan liza, untuk kenduri bushra, naik bas.

2nd bawa maklang dan sepupu-sepupu, kiranya sebagai pemandu pelancong, naik bas.

3rd dengan family- yang paling selesa perjalanan- naik kapal terbang.

4th yeah naik train- masa pergi dapat pula gerabak yang air-cond tak berfungsi, fuhh!!! macam dalam sauna! kali ni memang bercuti sakan, melepaskan segala penat lelah sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.

minggu awal cuti hari tu ke terengganu, dengan gENg, pun puas hati. rileks sangat. yang ni dengan GenG juga, pun rileks rileks, shopping shopping, jalan jalan.

poket tok sah cerita la, memang nipissssssss. hari tu dah kira duit tabung $0.20, $0.10 dan $0.50- kiranya kalau sengkek sangat nanti dah ada back-up la perbelanjaan :)
alhamdulillah, dikelilingi orang yang bermotivasi dan berdaya juang tinggi. jadi percutian bajet tapi ala-ala orang kaya gitu!

kepada semua yang menjayakan percutian kali ini, TERIMA KASIH kerana can go on with me.

sayang kamu semua!!

p/s: tak sabar nak tebalkan poket balik…… then pergi B E I J I N G.

w u u h u u ! ! !

dulu.

Posted on June 5, 2009 by cheechark.
Categories: pengalaman ultra, tak tahan.

Ana enti wa enti ana,

Nahnu ruhani fil badannnnn…

Ingat? Tak? Haa…. Kalu anda pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan saya, mungkin anda ingat :)

Hade ka masa minggu suai kenal, kitorang nye ‘berkenalan’ kat dewan besar sampai ke larut malam. Pastu last last sebelum akak-akak abang-abang putera lepaskan kitorang balik dorm, mesti ada muhasabah. Kena pulak malam tu kitorang dah penat, disuruh lak berdiri.

Pastu ayat arahan glamer dia: adik-adik, tutup mata. Tutup, bukan tidur. Ingat balik, apa kita dah buat sepanjang hari ni….

Kena la tutup mata. Si Aini siap tertidur, terlanggar kerusi depan. Aku pulak degil, buka mata. Pastu, ecewah, berlaga pandangan pulak dengan abang ‘pilot’ tu. Aiseh. Gugur jiwa dan raga.

Hengat dia nak jiwang jiwang ke?

Ana suruh tutup mata, antum orang degil. Bla blab bla bla……. melanggar bi’ah, jangan nak jadi peruntuh tarbiah….. blab bla bla….. mutiara-mutiara wakafan tu kutip… jaga hati…. jangan ada penyakit hati…. blab la bla….

Woh. Menyesal tak tutup mata.

Meleleh dengar tazkirah larut malam.

Menetes.