slumdog millionare

Posted on March 22, 2009 by cheechark.
Categories: pengalaman ultra.

dalam kesibukan menyiapkan courseware dan tugasan-tugasan lain, sempat juga kak wan titipkan cd slumdog millionare. dia suruh tengok. dia kata bagus ceritanya. plus review yang menarik pasal cerita ni di akhbar-akhbar, jadi macam rugi pulak orang dah sua tapi tak tengok juga.

ia bermula dengan hero filem ni kena tampar dengan polis. pastu kena elektrik, sebab dia tak nak mengaku dia tipu kerana berjaya menjawab soalan-soalan WWTBAM tu. oh kau macam boleh relate dengan khabar-khabar angin tentang kekejaman pihak berkuasa menangani penjenayah-penjenayah (?) ni (bab-bab sensitif ni kena cakap elok-elok, kang tak pepasal masuk lokap pulak. nauzubillah!)

pastu mula la cerita dalam cerita yang mengisahkan bahawa setiap soalan yang dia berjaya jawab tu ada kaitan dengan pengalaman hidup dia. scene yang aku sangat suka adalah scene yang mana dia sedang ‘melabur’, pastu amitabh bachan datang kawasan perumahan dia, dia lompat masuk dalam……..

huwah!!! korang tengok sendiri :) part tu pada aku memang mencuit hati. part sedih time mak dia kena bunuh; kes pergaduhan orang hindu dengan islam kat india rasanya. gila sedih. out of sudden, kau tengeh basuh-basuh kain, orang datang merusuh dan bunuh kau. gila! tak pepasal.

cerita ni seperti membuka pekung di dada negara india. kau akan shocking melihat bagaimana budak-budak dicacatkan sebagai pakej untuk mereka menjadai peminta sedekah yang berjaya. kau akan amaze melihat betapa mereka sangat kacip dengan keretapi. kau akan wonder bagaimana mereka boleh hidup dalam kawasan yang dhaif sekali.

ya memang ada suntikan cinta dalam cerita ini, tetapi aku lihat ia sebagai ‘minyak’ yang membakar semangat si hero untuk join WWTBAM. bukan nak jadi jutawan sangat tapi nak…….

wahhahahaha…. baca  tengok sendiri la beb.

korang tak nyesal punya.

1 comment.



  Farah
Comment on April 6th, 2009.

Mem…aku dah tgk gak..mmg superb cerita nie…kalau nak pi visit Taj Mahal simpan kasut tu dalam beg :)

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>