dalam perhubungan, aku rasa, perlu ada komunikasi dan pemahaman antara satu sama lain. komunikasi adalah percakapan dua hala, dengan pelbagai cara. kau boleh marah, kau boleh tulis, kau boleh cakap. point nya di sini, kau boleh menyampaikan apa yang hendak kau sampaikan.
masalahnya di sini, jika orang yang kau mahu ajak berkomunikasi tu tak faham apa kau kata, kau akan naik gila dan sakit hati. kau rasa geram kerana apa yang hendak kau sampaikan itu, tak sampai.
kerana kau seorang MIT student, kau gunakan segala jenis mass-comunication untuk berkomunikasi. contohnya; untuk meyampaikan ucap selamat puja umur- kau hantar kad by snail-mail, kau hantar e-card by emel, kau sms, kau call dan sumbang2 nyanyi lagu besday, malah kau pos hadiah via poslaju. kau gunakan semua tools yang ada untuk menyampaikan rasa hati kau yang kau MENGHARGAI dia; dalam erti kata yang sebenarnya.
apa? kau rasa obses? kau rasa timbang-rasa kau adalah over?
kau mengaku kenal hampir kurang lebih 3 tahun, lantas salah kah untuk tempoh selama itu kau memahami si dia yang sangat write/read type of person? salahkah untuk mengulang bisik kata-kata yang dia suka dengar, dengan tujuan mengukuhkan apa yang kalian ada sekarang?
kau kata kau lali. tidak bererti lagi?
kita hidup tidak lama. mungkin kata sayang yang kau ucap pada dia malam tadi, adalah ungkapan mu yang terakhir. pernah kau terfikir itu?
dan, tiap kali kau diajukan soalan mudah satu hala, jawab lah sehala juga. tidak perlu segala tour ke daerah lama. yang kau rasa kau berhak kata. sedangkan hakikatnya kau termakan sendiri kata-kata kau.
bosan tahu, bukan hak kau saja. hak aku juga.
kerana itu BM kau failed; kau tidak menjawab apa yang soalan tanya, kau menjawab apa yang engkau tahu.
saya dan harapan »« ini tentang kerja ;P