header image
 

update

1

friendster macam sunyi, dah tak semeriah dulu. paling2 pun gambar anak dengan mak, laki dengan isteri, dan yang sepesen dengannnya. macam ne aku nak compete? aku takde anak, belum kawen. macam kena buka cawangan di blogspot ke, tumblr ke, wordpress ke….. tapi kat sini le aku belajar ber-blog. belasah je la dulu. time sesibuk study ni tak terkejar nak ber-blog baru kot.

2

gi kenduri kak aini kaunselor kat PKNS Bangi dengan Yonchet. kak aini tanya, datang dengan sape? aku jawab la dengan kawan. eheh eheh eheh. sebelum balik, kak aini tanya lagi, bila langsungnya, dah ada kad, bagi la kat akak satu… woh soalan ibarat angin lalu– laju bagai. aku terkedu, yonchet sengih. tak semena-mena mulut menjawab; tahun depan (amin, amin, amin ya Rabbal ‘a lamin!!!). tak sudah lagi, bulan berapa tanyanya. aduh!!! apa aku nak jawab? tak tahu la kak, Wallahu ‘a lam, bukanlah dalam pengetahuan saya semua tu.

yang bestnya bila diasak soalan-soalan begitu di hadapan empunya badan yang satu lagi, baru dia nak memikir ke arah mempercepatkan perkara yang baik tu (kak aini sempat sound dia, cepat sikit kahwin tu, si normie ni ramai peminat, budak sekolah pun ada yang minat dia) (wah wah wah kembangnya dengar ayat-ayat pujian di hari raya ke-6 ye) (muahahahahaha).

mula la kami berangan planning itu dan ini, aish rasa macam esok lusa lah nak kahwin.

Allah. seram sebenarnya, takut. kita ni merancang bagai, tapi Allah lagi maha merancang. hopefully rancangan kita sama dengan rancangan Allah ye bang.

p/s: yonchet ada sedikit bengang sebab dia dikenali sebagai Yonchet (bukan nama sebenar). dia kata nanti orang bagi hadiah wedding (kan aku dah cakap, planning baaaaek punya!), kawan-kawan tulis; Untuk Normie & Yonchet. nak wat macam mana bang, kaulah kekasih gelapku :)
——> Allah takkan menghampakan hambanya yang berusaha. Kalau nak berjaya, solat mesti jaga.

pikir pasal masa depan (?)

macam seronok je tengok life kawan-kawan kat luar negara. tau banyak cabaran tapi tentu keseronokannya ada juga kan. masa belajar kat nilam puri dulu gitulah, seksa nak abiskan satu sem. rasa nak quit tapi teruskan juga sampai selesai ;)
insyaAllah bulan 10 Ina Nekmat kawan baik kat SAMTH akan ke melbourne untuk sambung PhD dia. dapat under UiTM, gaji penuh jalan + grant u lagi. best. sangat best.

susah susah sangat nak kawen aku pun mau sambung belajar lagi la. kali ni nak gi birmingham pulak, cita-cita lama.

tapi  neh apa cerita? tajuk untuk final projek master pun lum ada neh….

nak menangis rasa. due untuk paper tu 20 september. agak nak survive macam mana dengan tajuk pun ta de?

huhuhuhuhuhuhu…..

Allah, berilah kami petunjuk!

dah lamaaaaaa dah…

pakwe saya macam Harith Iskander, versi gelap sikit dan cepat marah. ah ha.

hepi dah-lamaaaaaa-dah-kita-couple-bang-oiii-bila-kita-nak-kahwin-ni Sayang.

thank you for always be patient and rational each and every time I do my i-neeed-attention tantrum.

thank you for bear with me all this years.

thank you for being my big supporters in my impossible try and error things to do.

thank you for loving me the way you are (even i hope u change a bit, but it’s still ok).

thank you for letting me loving you the way i want (hahahahah…. i’m psiko).

thank you.

kritik dan font

tugasan 1 prof dah setel. kena pilih 1 tesis/kertas projek yang berkaitan dengan teknologi dan pendidikan, kemudian buat critical review.

guer macam biasa-biasa, bajet rendah sebab tngk markah 15 je. taip punya taip punya taip, ada la dalam 8 muka surat. pastu sebok tanya kawan -kawan ‘weh, ko wat berapa page?’.

aiyak!! timbang kati punya pemikiran aku ni.

tolong weh, siapa-siapa yang terlibat dengan online learning ke, ajar ICT ke. korang ada masalah dalam p&p tak? cuba kongsi ngan aku, kot-kot aku boleh research kan untuk korang….

takde topik/tajuk lagi ni weh. gi mana neh?

aku tak suka slow!

aku tak suka slow. aku tak suka lambat.

nak kawen lambat. reply sms lambat. call lambat.

kalau bawa kereta depan BHW aku, tolong jangan lambat. tolong jangan time tu juga nak menggatal dengan makwe sebelah. tolong jangan time tu juga nak bercakap ditelefon.

kalau rasa nak menggatal sangat dengan makwe, berhenti di bahu jalan dan gomollah dia seperti kau kebal daripada dosa. yang kau tunggu lagi buat apa, pergilah kahwen segera!

slow! slow!

berapa lama bercinta baru kau nak propose dia dan kahwen dengan bahagia?

kalau rasa nak beromen dalam kereta pepetang panas buta, jangan bawa kancil dan drive depan BHW aku!

tolong faham, jangan slow sangat pick-up. dah sangap gatal, tu yang slow berfikir.

aku benci buka CD PPD pastu bahan nak keluar sikit punya payah. tolonglah, gunalah laman web PPD yang ada tu untuk upload bahan. pastu style hantar bahan takde  sepatah surat ke nota ke. tetiba dalam CD mak datuk menenek punya banyak program nak kena install dulu. apakah?

ya Allah serius aku benci benda slow, lambat. tolonglah, cepat la sikit. ni kang streamyx lak wat hal, lambat respond.

hidup kita tak lama beb. tunggu wat pe?

makan buah betik boleh besarkan payudara?

tak, tak. entry ini tiada kaitan dengan tajuk diatas. ianya adalah rangka promosi ;)
hari tu uda balik bawa majalah pengantin. reaksi biasa ”haaaaa….. ko nak kawen ye…..”.

dia kaget dengan pipi memerah. aku berderau dalam hati. oh no, my sister are going to get married!!

dia duduk sebelah aku, suspen.

”ko ni long, takkan beli majalah pengantin pun tak boleh”.

aku: memang la boleh tapi biasanya orang nak kawen je beli majalah pengantin.

”tak semestinya”.

aku: semestinya. kalau umur ko dah 50, takkan ko nak beli majalah pengantin. baik ko beli solusi. kecualilah ko mak andam ke, ada butik pengantin ke. ha!

dia gelak malu-malu alah. aku seriau tiba-tiba. terus wat statement:

ha ingat tarikh ni; 10.10 2010, ahad tau.

”ko betul ni long? uda pun maybe, insyaAllah long, tahun depan”.

dalam hati; a very big OMG!!

”angah 2012 kot, lepas habis PhD”.

OMG. OMG.

abg, sila bertindak dengan cepat!!

p/s: if jadi betul uda dulu sebelum aku, aku nak minta ‘tol’ kena langkah.

heheheh….

p/s/p/s: bang, no pressure, kita stick to our plan. our time will come insyaAllah.

need to merepek

minggu yg tough utk aku. problem dengan kerja sekolah, problem dengan wang saku, problem dengan kereta, problem dengan mamat tu, problem dengan diri sendiri.

ha mulalah rasa nak lari, pergi tempat jauh, duduk sorang-sorang.

hai manusia, apa kau sangka kau sudah beriman sedangkan kau belum diuji?

ujilah aku Tuhan, aku mahu beriman.

emel dr internet yg kita suka

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu ‘, maka tunaikanlah.

KELIMA.

Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN..

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.

Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

 Wallahu’a lam. It helps, though.

Dear Mr Blog,

Mr Blog, hear me.

Life is too short to keep on waiting and hoping, right? Action is needed to fulfil dreams, not just words of comforting.

Life won’t wait for us, life goes on. How many, time slips away from our hand, leaving us behind, without mercy to even wait for a minute.

No, life won’t wait.

Me here, are the same, dear. At the moment, I’m tired of waiting. Not yet exhausted, but getting tired. I’m not asking anything beyond your capabilities, I’m hoping the actions of those words of planning.

I like planning, with you, plus, make me love to do so. I make my move to ensure what we plan go right on track. I’m moving, if not faster, pacing swiftly the path.

Sometimes it cause heartache when things doesn’t fall to it place. Problems and obstacles are here and there. Hopefully it will not stop YOU and ME to keep going.

I would like to quote my favourite song from Backstreet Boys: I don’t care who u are, where you are from, what u did, as long as u love me..

In reality, your past does matter to me. Will you change to become a better, responsible person? Will I be able to understand your situation now and then? Do I have the qualities to keep up with your interest and needs? Do we have the energy to keep on fighting for our future?

I do not have the answer. Nope, not one.

So Mr Blog, is that ok for me to keep on moving?

itu la

itu la kamu. kalau bercinta, berlagak. tak ingat dunia. tak ingat org keliling. terlalu suka bercinta, sampai tak perasan orang keliling dah naik menyampah dengan lagak kamu.

sibuk sangat dengan dunia kamu. sibuk dengan kononnya gaya kamu adalah cantik. putih melepak lah konon gaya solekan kamu. eh, mekap tebal-tebal tu sembahyang ke tidak?

tak, sedikit pun tidak cemburu. orang lain pun dilamun cinta dik, tapi berpada-pada la. suka suka sangat sampai lupa Allah, nanti bila kau susah Allah lupa kat kau. tak ingat ke sakitnya masa kau putus cinta dulu? dah tu, yang BF sekarang ni ubat anti-depresi kau yang paling mujarab?

Allah!! ingat-ingatla. bercinta ni tak selalunya indah warna-warna pelangi (kau lebih tahu dari aku kan), maka bersedia la jugak untuk waktu-waktu mendung bergerimis nanti.

tu, yang di atas sana tu, tu ubat anti-depresen paling mujarab kau tahu!

(nasihat untuk aku juga)